Wednesday, October 22, 2008

Jamuan Hari Raya di Pantera Autoworks 12.10.08

Salam sejahtera kepada semua yang masuk blog ni, ketika gambar ni rakamkan oleh minah dari kulai tangan dia mengigil..jadi kurang jelas gambar ni.

Peace 4 all...kira 0-0 yek..mana tahu ada salah silap yang tak disengajakan @ sengaja semata2 untuk kebaikan kelab..maklum ler mulut kamal ni laser sikit..kawan tetap kawan tapi dalam kelab kena tegas sikit, kalau tak huru hara kelab jadinya..

Tak lupa orang lama dalam bidang Automotif saudara Mat Zan tokey workshop berdekatan pantera Autoworks turut dijemput hadir.Dalam perniagaan kita melayu sama melayu harus bersatu, tak perlu hasad dengki." Zan jemput makan, jangan takut sup tu takde spanner punyer" kata Oldman kepada Mat Zan.

Bentang tikar pun jadi, yang penting niat kita berjumpa bermaafan sesama islam..

Adik ni sedang berdoa sebelum makan @ doa untuk dapat duit raya? alah sori ler lupa nak kasi malam tu... si minah jepon belakang tu tengah ngecek sup pakwe dia si Ziman dari Cwgn Pandan.

Adi : " Aziz mana gitar karan? kata undang aku untuk konsert hari raya? ni yang tak puas hati".

Aziz: " Sabar...kumpulan Pantera pinjam jap diaorang tengah buat konsert amal kat Uganda ".

" Jemput makan...tapi takder jemput2 tau, yang ada me hun sup, laksa johor, ketupat, sayur lodeh, ayam masak merah & bla bla bla bla blaaaaaaaa......" tersenyum minah jepon ni tengok pakwe dia membebel sorang2...

Antara kereta ahli Pantera pada malam tu.

Plate Pahang ni..betul ker Cawangan Pahang datang? ni kereta Syaiful ler Cwgn Pasir Gudang, cuma dia ni orang Pahang jer...

Oren , kuning & putih? kenapa stikernya berlainan warna? Tanya kenapa? Tanya kenapa?(versi iklan rokok indon) ni kerana pembalikan cahaya terhadap 'stiker pantul cahaya'.

Tidak kurang dari 40 buah kereta yang datang ke Pantera Autoworks.

Dalam kesibukan melayan tetamu, sempat juga tampal stiker kepada ahli baru.

Yati empunya kereta Atoz ni minat aksesori lampu biru..

Hah dah ada tunang rupanya dia...takleh kacau ler jawabnya..

Ni ler cerita pada pejumpaan di Pantera Autoworks sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.. insyaallah tahun depan kita buat budget lebih sikit untuk pelanggan & ahli Pantera.. mana ada kekurangan dalam majlis pada malam tu, saya sebagai wakil dari pihak Pantera Autoworks & Pantera Motor Club Cwgn Pasir Gudang menghulurkan 20 jari memohon kemaafan zahir & batin.. nak citer batin2 tunggu malam sikit, kalau sakit hati jumpa ler tok batin...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN




Sunday, October 19, 2008

Program bersama Polis Trafik Kuala Lumpur

Inilah konvoy 70 orang Polis Trafik dari Kuala Lumpur ke Dewan Felda Semenchu untuk aktiviti sukan Futsall.

Superbike baru jenis BMW 1500cc & Honda 750cc. kalau mat rempit berani nak test power cuba ler, tak habis gear 1 dah kena hambat...

"Alamak helmet salah size ni ! camne boleh diorang tertukar ? diaorang buat selamba jer.. pakai je ler !!

4 biji jadilah wakil Pantera Motor Club untuk Program Bersama IPKKL.. lagipun program ni pada waktu berkerja bagi kami yang berkhidmat dengan pihak swasta...

Hazemi dari Cwgn Mersing membawa wakil ahlinya turut serta walau jauh lebih kurang 120km dari Mersing... Ini adalah program pertama yang diikuti oleh Cwgn Mersing, terima kasih diucapkan kerana sudi hadir.