Monday, December 29, 2008

International Autoshow Bukit Jalil part 1.


Assalamuaalaikum & salam sejahtera kepada semuanya yang mengikuti blog Pantera, pada 26 Dec 2008 hingga 28 Dec 2008 satu International Autoshow telah diadakan bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil. Saya dan ahli Kelab Pantera tidak melepaskan peluang untuk melihat autoshow yang terbesar ini julung-julung kalinya diadakan oleh Kementerian Pelancongan, Kementerian Belia & Sukan, Kerajaan Negeri Selangor, National Fitness, Kelab Autoshow & banyak lagi pihak yang terlibat...

Bukan selalu dapat bergambar depan pintu gerbang Kelab Autoshow. Jika ahli Pantera ada mendaftar dengan Kelab Autoshow maka pihak pengurusan akan memberi diskaun tiket. Orang awam masuk kena charge RM28, tetapi saya bawa surat dari Kelab Autoshow dapat le kurang menjadi RM20 jika 6 orang sudah jimat RM48. Minta maaf le yek mungkin ahli Pantera yang tidak pergi bersama saya tidak dapat diskaun.

Pacuan 4 roda Hummer menyambut kedatangan pengunjung dengan cat kilat pelangi menimbulkan variasi dalam arena permotoran. Pada tahun 2007 Hummer ini menjadi Johan Asean Autoshow bertempat di Singapura, manakala Din mendapat tempat Kedua di pertandingan tersebut. Apa yang pasti dengan adanya Asean Atoshow tersebut menjadi ilham kepada Din Stream menambah baik sistem audionya.
Honda Jazz dengan gaya VIP, penambahan bahagian skirting, spoiler, bumper, sportrim 16'', aksesori dalaman bejenama D.A.D memang memukau golongan anak muda yang bercitarasa tinggi.

Jenama D.A.D & Junction Produce memang telah diakui menjadi idaman peminat barangan mewah, ini juga kerana mutu produknya yang tinggi.

Myvi ini cuba mencari kelainan kulit dengan semburan cat hitam kasap. Manakala Sportrim 16'' offset sungguh menyilaukan mata memandang.

Kalau begini punya cantik boleh ke bawa ke ekpidisi kembara dalam hutan ? sudah tentu sayang kan..

Toyota Alphard menerima pengubahsuaian secara minima, tetapi tidak menghampakan setelah menjadi kenderaan VIP. Bumper depan yang rendah hampir 2'' dengan lantai sudah tentu hanya boleh digunakan d kawasan bandar sahaja. Jalan kampung ? harap maaf, pecah bumper..

Nissan Cefiro Brougham 3.0 tidak perlu pengubahsuaian yang extreme untuk menarik perhatian, hanya perlu menukar spring sport, sportrim jenama Fabulous, tinted, aksesori jenama Juntion Produce sudah cukup untuk menampilkan identiti tersendiri.

Satu lagi kembarnya.

Nissan Ad Resort 1.6 juga boleh menjadi kenderaan pelbagai guna jika tahu meng
ilhamkan menjadi sesuatu, cuma mungkin idea pada warna & stiker kurang tepat.


Mencari kelainan dalam pengubasuaian kadang-kala boleh menimbulkan pelbagai idea, hinggalah doraemon pula menjadi sasaran pemilik Gen2 ini. Di bahagian pameran hadapannya juga di selitkan Pedang Samurai.

Bagi tokey kedai stiker g2 penukaran stiker 3 bulan sekali tidak menjadi masaalah, ini adalah betujuan promosi produknya. Waja ni dari Bandar Baru Uda, tokey kedai stiker.

Gen2 ini benar-benar merubah dirinya menjadi spesis extreme. 4 dummy exzos, spoiler yang berharga sekitar RM800, sportrim 16'' kipas, bumper & skirt fiberglass, & bemacam lagi barangan yang ditukar.

Bagi pemilik Atoz anda boleh melihat sendiri Atoz ini menjadi extreme, memang mustahil bagi yang tidak berminat.Tetapi bagi yang benar-benar minat sudah tentu boleh!! MALAYSIA BOLEH !!! JPJ BOLEH !!! boleh apa? boleh saman le kalau tidak mendapat kelulusan dari PUSPAKOM..

MPV seperti Naza Ria juga boleh menarik perhatian hanya perlu masukan kombinasi beberapa eleman motif yang hendak ditonjolkan.

Ni lagi satu Pick up dari Thaiand yang bukan ditugaskan membawa barang, tetapi membawa woofer 15'' sebanyak 8 biji dalam buttnya. Ketika ini mungkin pemiliknya belum sampai ke lobi pameran, jadi pengunjung tidak dapat merasakan dentuman audio pick up ni.

Lihat sendiri bagaimana persembahan pick up Thailand ini melangkaui batas pemikiran kita, yelah bumper,bonet & lampu habis disalin kepada BMW 318i.

Honda Jazz yang mendapat sentuhan dari pegkarya dari Thailand, mungkin sedikit masa lagi Malaysia juga akan menerima demam cat kilat sebegini.

Apa yang kita saksikan mungkin menjadi teka - teki, bagaimana bumper & skirting boleh mencecah lantai ? ini adalah hasil teknologi terbaru mengunakan sistem hidraulik. Sistem ini telah diguna pakai oleh syarikat Citreon. Cat sumpah-sumpah juga telah dinaik taraf dengan kombinasi warna hijau,biru,purple & pearl.

Toyota Vios..Boleh dikatakan penyertaan dari Thailand paling banyak di International Autoshow ini, manakala Big Dady tidak dapat membawa Big Limosine, Double Head Mini Cooper & Super Jet Car akibat masaalah kastam di Australia. Jika tidak, pasti bertambah gempak International Autoshow ini.

Bagi pemilik Myvi apa kata anda terhadap kereta ini ? Dare to change ?

Hasil kerja air brush dari Thai memang boleh di kategorikan yang terbaik, semuanya mempunyai motif yang hendak ditonjolkn. Bukan jenis air brush caca marba.

Lan dari Cwgn Penggerang cuba mengambil gambar dari sudut atas, cukup tinggi ke lan? kalau tak cukup tinggi pakai tangga..manakala Along dari Cwgn A.T.4 & Gemok dari Cwgn A.T.1 teruja melihat pick-up Hilux yang telah di ubah sedemikian rupa. Hilux ini boleh di katakan mendapat hasil kerja yang baik, manakala sistem audionya begitu mantap untuk dinikmati.

Toyota Trueno AE86 menjadi ikon dalam dunia drift, dan ianya menjadi hero dalam cerita Initial D..sekarang ini jika anda memilikinya ianya ibarat memiiki Evo 7, suspensionya yang baik, talaan enjin yang jitu menjadikan pemanduan di selekoh seperti makan pisang goreng.. alahai....

Sebuah saingan AE86 adalah GSR 1.8

BMW yang menjadi pameran.

Myvi X concept ini pernah masuk majalah kereta beberapa bulan yang lepas.

Team Imperials membawa waja transformer sebagai pameran.

Antera Motorsports juga mempromosikan kelabnya, Antera juga pernah masuk dalam majalah kereta. Ia ditubuhkan bagi merapatkan kaum India.

Satria dari Antera.

Wajah depan satria ni menampilkan rupa raksasa.

Wira saloon menggunakan teknik airbrush & sulaman seni fibreglass menjadikanya seperti hidup.

Bagaimana kelainan imej dari wira ini ? MALAYSIA BOLEH !!!!

Haziq cuba mengembangkan pipinya seakan kembangnya proton perdana ini, "ayah bila nak buat kereta ayah camni ??"...tunggu ayah buat cop duit nanti yek.. ok kita bertemu dalam ''International Autoshow part 2'' sedikit masa lagi...bye-bye..

Autoshow Persada Johor 21.12.08

Hai!!!! kawan-kawan bagaimana Autoshow di Persada Johor dari 19 Dec o8 hingga 21 Dec 08 ? adakah memberi pengalaman baru dalam arena permotoran?. Bagi saya autoshow yang dianjurkan hanya memberi peluang kepada kenderaan mewah untuk dipamerkan. Bagi yang meminati pertandingan kereta cantik sudah tentu menghampakan. Hanya 7 buah kereta yang sudi menghabiskan wang untuk autoshow ini, kenapa 7 ? kerana hanya 7 buah kereta inilah yang benar-benar mengubah suai kenderaan untuk pertandingan ini.

Bayangkan BMW ini yang selalu masuk autoshow tidak tersenarai dalam senarai pemenang !

Autoshow ini hanya di serikan kehadiran model-model cantik untuk tatapan pengunjung.

Kalaulah mini cooper ini juga tersenarai dalam calon pemenang, sudah tentu ada satu yang tak kena.

Untuk pengunjung yang mahu beg percuma, bolehlah beratur panjang di hadapan model ini yek.

Buat pertama kali wira fantasy x menjadi johan.

Model ni sedang mengayakan seakan mahu ke sekolah, kalau gaya ni harus tutup kelas semuanya.. ha ha ha......

V6 dengan gaya VIP terpaksa akur dengan hanya mempamerkan dirinya di luar lobi pameran.

Oh ya, untuk masuk ke autoshow ini kenderaan di bawah 1000 cc bayaran penyertaanya ialah RM 888.00 , manakala lebih 1000 cc bayaranya RM 1500.00. Mahal kan? dengan penyertaan selama 3 hari sudah tentu merugikan jika gagal.

Kelisa ini yang di ubah menjadi klasik Mira Gino selalu mendapat tempat dalam Autoshow, tetapi nampaknya gagal di autoshow ini.

Si Manis 17 ni tertarik dengan Kenari kacukan Audi, mungkin pada waktu ini dia sedang meng edit memori dan akan di curahkan ke kereta beliau.

Syaiful dari Cwgn Pasir Gudang tidak melepaskan peluang untuk bergambar di salah satu kereta drift yang terdapat dalam lobi pameran.

Seperti biasa Pantera tetap menghantar wakil dalam acara ini.

TV berukuran 32'' telah dimasukan dalam MPV Din Stream membuatkan pengunjung tertanya-tanya bagaimana idea sebegini boleh direalisasikan ?


Ruang dalam MPV kepunyaan Ahli Pantera Cwgn Kulai ini sungguh menawan, dengan kos pengubahsuaian sudah mencecah RM 80,000.00 tetapi hanya mendapat tempat ketiga dalam autoshow ini.

Kenari ini mendapat tajaan dari syarikat Caliber.

Syarikat Autobac juga mempromosikan produknya iaitu sportrim.

Syarikat pengeluar tayar berjenama Toyo juga tidak ketinggalan mempromosikan produknya, tetapi apa yang salahnya ialah kereta ini mendapat tempat pertama dalam autoshow ini !!! ini kereta drift !!! bukan kereta untuk pertandingan autoshow !!!! dari segi pegubahsuaian mana ia di kategorikan ??????....

Alahai si Haziq Iskandar ni pun sempat berposing kat Gen2.

Lagi satu Gen2 motif Monster.


Honda ni mengekalkan standard modified.

Wira ini juga dalam golongan standard modified.. banyak kenderaan berada di tempat parking tidak mahu menanggung risiko bayaran penyertaan yang mahal tetapi tidak menguntungkan langsung. Hanya setengah orang yang benar-benar gila dalam hobi ini meneruskan perjuangan. Bagi saya yang pulang awal kerana ada urusan kelab, sungguh terharu mendengar berita dari cwgn Kulai dengan keputusan penganjur. Kalaulah saya yang bertanding dalam autoshow ini, sudah tentu akan menjadi hari malang bagi penganjur tersebut..BERANI KERANA BENAR...ok kita akan bejumpa dalam keluaran INTERNATIONAL AUTOSHOW sedikit masa lagi. bye-bye...