Saturday, January 31, 2009

Autoshow Ledang Muar 04 Jan 09





































































































































































































































































































































































Saturday, January 17, 2009

International Autoshow Bukit Jalil part 2.

Assalammualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pengikut blog Pantera. International Xtreme Autoshow di Stadium Putra Bukit Jalil Selangor telah berlalu peghujung tahun 2008, tetapi bahangya masih terasa hingga 2009. Peningkatan teknologi terkini telah banyak merubah keadaan asal sesebuah kenderaan, hingga ramai yang tertanya-tanya model apakah kenderaan yang dipamerkan dalam autoshow kali ini. Dalam kegawatan ekonomi global tidak melunturkan semangat rakyat dalam memeriahkan program ini, malah semangkin ramai berlumba menghias kenderaan masing-masing bagi merebut gelaran di peringkat dunia.Terima kasih kepada Penaung Kelab Sukan Bermotor Penggerang selaku Menteri Pelancongan Malaysia iaitu Dato' Seri Azalina Bte Othman Said kerana sudi menaja sedikit kos ahli Pantera yang pergi ke International Xtreme Autoshow ini. Dan juga sebagai Penaja Utama tidak dinafikan program kali ini menarik ramai pelancong berkunjung ke Selangor untuk menyaksikan pameran kenderaan antarbangsa ini. Ok mari kita saksikan kenderaan yang hebat-hebat ini !!!


Bukan selalu dapat bergambar dengan kancil ni, betul ke kancil !!!! betul le...pemiliknya hanya hantar Autoshow yang besar sahaja.
Yela kancil ni bukan boleh dipandu di jalanraya, cermin hadapan tinted habis,hanya menggunakan cctv sebagai panduan. Crazy Frog adalah tema kancil ini.


Beberapa bulan yang lepas kancil ni tersadai di AL Senai Johor, pihak AL mahu menjual dengan harga RM 60k kepada Din Stream. Tetapi tidak lama kemudian pemilik asal dari Melaka ni mahukan kancilnya balik dengan membayar baki modified sebanyak RM60k, kos Modified kancil ini asalnya telah mencapai RM120k !!! mahal kan??? tetapi ketika Autoshow ini mungkin kosnya lebih dari harga tadi. Kelab Kereta Ganazzz bertuah kerana pemilik kancil ini menyertai kelab mereka. GGGRRRRRRRRRRRRRR GANAZZZ tul le....




Mana nak cari sportrim camni??? barang yang susah tu le menjadi igauan si gila kereta. Jika anda perhatikan ada taburan mutiara di dinding kancil ini.

3 cctv cukup untuk memudahkan pemandu ke ruang pameran, jika tidak apa saja lah yang akan dilanggar. Kedudukan stereng di tengah, stereng buatan tangan, pintu hidraulik, gauge boost, warna hijau mutiara menaikan nilai kokpit, single seat & dalaman menggunakan bahan fibreglass menjadikan ianya satu kelainan.



Bonet hidraulik juga disertai asap nitrogen mempamerkan seperti kapal mahkluk asing apabila dibuka. Airbrush polkadot menunjukan ciri-ciri si 'katak gila '




Bila di ambil dari sudut L ianya seperti kapal selam milik si 'katak gila', mempunyai 6 tayar, butt hidraulik, propeller turbine hand made & 2 pintu sudah pasti bukan saja katak gila, orang ramai pun boleh jadi gila memikirkan spesis apakah menatang ni....eemmmmm.





Turbine dummy ditampal pada butt kancil ni membawa maksud 'katak gila' perlukan kepantasan bila berada di dalam air bagi mengelakan patukan si ular sawa....he he he....





Hah nampak tu keluar asap kat bonet dia !!! nak terbang ke? nak menyelam ke?..




KTS dari Tmn Saujana Kota Tinggi juga tidak ketinggalan mempamerkan kereta buatannya dari model wira. Tema Aero Space menjadi pilihan, kos modifeid lupa nak nak tanya tetapi dianggarkan RM80k. Untuk bermain dalam arena autoshow kita perlu tampilkan tema & meseg yang hendak disampaikan.Ini bagi memenagi hati Panel Juri memberi markah sempurna. Jika kita habiskan wang tanpa menitik beratkan tema, itu yang menjadikan kenderaan caca marba..tiada motif.




Vios menampikan gaya racing sport,
stiker bendera race yang simple cukup untuk menampilkan identitinya.












NS hanya sedikit pemiliknya di Malaysia.



Tema Polis juga boleh di ketengahkan jika hanya untuk autoshow, tetapi jika di jalanraya pasti dikejar JPJ.













Saga BLM dalam kategori standard modified.






Macam mana gaya wira ni ? boleh tahan kan...











Wira juga...




Kancil ni selalu masuk autoshow sekitar Semenanjung Malaysia. Hasil kerja airbrush yang halus menjadikanya Johan kategori airbrush tercantik.










Tomstikers juga menghantar kereta demo untuk mempromosikan produknya.





TWC dari Penang juga menghantar demo car bagi mempromosikan kedai aksesorinya. Mari kita lihat apa yang telah ubahsuai.










Seat belakang telah dilupuskan dari senarai body part satria ini, digantikan dengan sistem audio yang canggih.



Tv 12", gauge boost, pre am, radio komunikasi, stereng buatan tangan, seat recaro, cat dalaman warna oren & bermacam lagi aksesori dalaman yang ditambah.














Hasil kerja yang kemas.















Mono block yang bermotifkan biohazard.





Walaupun kereta demo audio tetapi ia juga boleh menjadi demo exzos berapi. Lihat exzosnya mempunyai spark.










Waja yang telah disolek menampikan kelainan dari kebiasaan






Biasa kita jumpa double line sahaja,
tapi kali BMW ni cuba mencari kelainan dengan triplle line.


































































BMW M3.






Pagani Zonda buatan Italy.































Pagani Zonda body dari Italy menggunakan enjin Mercedes buatan German 7.3 AMG, 12 cylinder, Nm/rpm 750/4050.








Nissan 350Z.


















Along & gemuk sedang memerhatikan Audi TT.
BMW M3.

Si Wira orange...

Satria Perkasa orange.

Kelisa demo untuk stiker dari Toms.
Toyota Harier. Junction Produce mempamerkan barangan ekelusif.
Mercedes C200 dengan semburan cat kasap.