Salam sejahtera..pada 28 Mac 09 yg lepas saya masuk bertanding di Perling Mall pula, saya sangkakan kurang peserta peserta. Tetapi boleh tahan ramai yang hadir walaupun jatuh pada hari sabtu. Alhamdulilah dapat gak no 2 kategori extreme, nampaknya aura Dolphin masih kuat.
Seperti biase Johan Extreme mestilah Stream.
Perodua kenari yang telah diubahsuai secara extreme, tetapi masih dalam kategori Standard Modified.
Tempat ketiga bagi Kategori Extreme disandang Jun Fantasy.



Nissan Cefiro memang sesuai dimodifikasi ke gaya VIP.
Toyota Vios juga tidak ketinggalan mengikuti rakannya dengan gaya VIP.
Exzos jejak tar, dia menggunakan sistem hidraulik.
Perodua Kenari konsep Transformer.


Jika bijak menyusun aksesori dalaman sudah tentu cantik dipandang seperti ini.


Honda menggunakan wide body hampir menengelamkan rupa asal.

Raja berjaya menambah baik sistem audionya.
Cukup ke Tv 30" di tempat duduk belakang? tak nak letak projecter sekali?.


Scooter juga dipertandingkan pada hari tersebut. Lihatlah hasil karya anak muda sekarang cuba mencari kelainan dalam dunia modifikasi. Sekurang-kurangnya ia dapat mengelakan gejala rempit. Scooter sebegini cantik takkan le nak bawa rempit, sayang woo....



Yamaha ego yang telah di seksa secara kejam, membuahkan hasil wang tunai, piala & sijil. Kalau anda berani buat le...


Yang ni krew autoshow cuba menarik perhatian model-model gadis, cuma sayang diaorang minta borang penyertaan pun tak dapat.
'Koboi ' cuba meniru gaya koboi sebenar tetapi dengan BMW Raja ada patut ke? posing le dengan kuda baru nampak real skit.
Auto Fest juga diselitkan sekali petandingan model. Taknak beri ulasan lebih , orang rumah nanti bising.. bukan nak mengatal, cuma menyampaikan aktiviti pada hari tersebut je. Jangan marah hah.....



Sungguh meriah bila malam menjelma, di sinilah peserta autoshow mempamerkan kehebatan sistem audio yang di terangi pelbagai lampu.




Auto Fest ini juga diselitkan dengan acara Split Fire yang disertai oleh sebuah kereta waja & kereta wira, yang kat luar kawasan cuba menarik perhatian pengunjung tetapi dilarang oleh pengawal. Bukan apa acara ini merbahaya jika pengunjung terkena api siapa yang nak bertangungjawab? kalau berhajat silalah ke ruang yang disediakan.

Terima kasih Shah kerana sudi menyampaikan hadiah tempat kedua kepada saya.
Pemenang bagi kategori Extreme.. Oh ya pada jam 8.30 malam hingga 8.45 malam tersebut pihak penganjur telah turut serta dalam program "Earth Hour", walau sekejap ia juga sebagai tanda sokongan pada program tersebut. Bagaimana tahun hadapan? adakah program ini diteruskan? marilah kita menyokong program selamatkan dunia dari pemanasan global, kerana kita duduk di bumi bukan di Planet Pluto. Wasalam.