Saturday, November 29, 2008

Demo Audio Di Litar Pasir Gudang

Ketika orang sibuk tarik selimut di malam hari, ada juga baru keluar rumah hanya untuk menyaksikan Demo Audio dari pelbagai kelab & persendirian. Udara yang sejuk menjadi panas disebabkan kegilaan peminat fanatik sistem audio di sini.Di pintu masuk menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan naskah percuma dari syarikat Malay Mail dengan produknya 'On The Road'.

Kedatangan Giant Monsters ini telah lama dinantikan oleh peminatnya.

Tidak ketinggalan ahli Pantera dari Cwgn Mersing turut hadir untuk menyaksikan pelbagai acara yang telah disusun oleh pihak penganjur. Entah berapa ratus kilomoter? 200km kot? Sambil menyelam minum air ( bohong le, kan boleh tersedak?). Ahli Pantera dari Mersing ini juga ada menyertai Night Sprint pada malam tersebut dengan mempertaruhkan Suzuki Panther & Yamaha RXZ. Tapi kurang pasti samaada kemenangan berpihak baginya atau tidak, saya sibuk mengambil gambar kenderaan di dalam kawasan litar.

Apa yang kita saksikan ialah woofer 12'' cukup mengerunkan, dia punya bunyi boleh buat jantung dag dug dag dug...bai korang tengok apa tu bai???? tengok speaker dah ler...

Hah tengok kawan kita ni si Lan Wak Yem, tersenyum simpul biawak bila disuruh berdiri sebelah Monster ni.

Tv LCD 12'' pada dashboard cukup menghiburkan pada penumpang, tapi pada pemandu dah tentu boring..buat mahal2 untuk kasi orang tonton, diri sendiri kena drive...

Daihatsu Charade ni memang selalu masuk demo audio.

Macam lampu raya lah pulak? tapi kalau takde lampu ni kang tiada penyeri pula.

Wira ni luar nampak macam orang tua punya kereta, tapi sekali buka but.... tu dia nak menangis pakcik...

Bagi peminat audio diaorang ada perinsip sendiri, kereta biar nampak standard badak tapi bila buka lagu boleh jadi pekak badak jadinya!!!!

Bila di namakan ICE BLAST pasti orang tertanya sejuk sangat ke? tak sejuk le, saja pakai baju bulu2 kasi nampak cam sejuk..

Woofer berkilat pula, biasa warna hitam...

Cuba pehatikan betul2 ..tv dia bentuk 3 segi le.

Tanda ???? kenapa nak tanya pula? tu le simbol Adam brand. maknanya jangan persoalkan lagi kehebatanya..memang power!

Semua aksesori audio ni bergantung pada kemampuan poket empunya kereta & minat. Jika keduanya tiada maka tiadalah apa yang kita saksikan sekarang.

Jangan cuba2 nak usik audio ni!, nampak pedang tu? nak putus kuku atau putus leher? berani cuba le curik... Pedang kayu je tu, saje kasi gempak.

NI lagi satu main bulu2..tapi kan bila ada bunyi edge, bulu ni ni nampak hidup seperti bergerak-gerak.

Sinchan ni tak tido lagi ker ? malam dah larut, dah dekat pukul 2pagi.. ok kita bersambung dalam tajuk Sprint Test nanti..bye2

Jemputan Jamuan Hari Raya Twister

Pada 19 Oktober 2008 kami telah diundang oleh Twister Club untuk bersama menyambut Hari Raya Aidilfitri bertempat di rumah Pengerusi Kelab Twister iaitu saudara Nazri B. Hj. Hussin bertempat di Felda Air Tawar 4.

Dengan membawa maskot Pantera yang garang, sudah menyerlahkan bahawa ahli Pantera tiada segan silu bab makan ni.

Majlis dimulai dengan marhaban, mungkin kita hanya tahu sebut Marhaban. Tetapi adakah kita tahu di sebalik cerita Marhaban itu? ia menceritakan kisah Nabi Muhammad dari kelahirannya hingga diangkat menjadi Rasul Allah. Mukzizat yang diberikan Allah kepada Nabi, menjadikan sepanjang perjalananya semua mahkluk terima tempiasnya.Dari seekor unta yang tak bermaya menjadi sihat malah mendahului unta2 yang lain apabila pulang dari mengambil Nabi.Bagaimana sepohon pokok yang tua yang hampir mati telah menjadi subur apabila Nabi berehat di bawahnya, panjang lagi ceritanya ...Subhanallah.... ok kalau mahu cerita Marhaban lebih lanjut bolehlah bertanyakan orang Alim & Ustaz (alim bermaksud orang yang berilmu, bukannya si alim jiran belakang rumah kita.)

Joden belakang Apek sedang menanyakan kepada rakan yang lain samaada mahu menambah rendang ayam kampung lagi tak. (Saudara Nazri tokey ayam kampung jadi tak heran jamu tetamu dengan ayam kampung yang banyak).

Tak cukup tambah lagi ! kalau tak tambah kecik ati tuan rumah. Tapi hati tuan rumah memang kecik pun berbanding hati Bandong.Size badan Bandong 3 kali ganda dari tokey ayam ni, kalau Bandong jadi tokey ayam bayangkan berapa kali ganda badanya? emmmm ahhh lu pikir sedirilah!!.. cuma bila di suruh Bandong jadi ketua Marhaban dijamin hati Bandong menjadi lebih kecik dari hati tikus...sama le aku gak....ha ha haa..... mengigil depan orang ramai...

Masa makan kita kena khusyuk, bukan apa mana tahu sibuk nak makan sibuk lak bercakap, kang tercekik tulang sapa yang susah ? ooo masa ni kawan kita yang bernama Tulang tidak dapat hadir kerana sibuk mencari gearbox kambing di Kluang untuk dijadikan sup tulang....heeiii korang macam2 nama le...

Dari kanan Apek, Bandong, Gemok, John & Badang.. kat kampung ni macam2 nama gelaran ada, kadang tak sampai hati lak nak panggil nama sebegitu. Tapi apabila tuan empunya tak kisah tak menjadi masaalah. Kita apabila memangil nama orang biarlah dia terima degan nama itu, jika tidak tanggung le kat akhirat nanti bila dia tuntut. Ada berani? .

11 buah kenderaan ahli kelab Twister yang hadir pada jamuan hari raya ini.

6 buah wakil dari Pantera.

Di dalam Felda Air Tawar 4 ni hanya ada 2 kelab yang besar iaitu Pantera & Twister. Kelebihan Pantera pula ialah sudah bertapak sejak tahun 1996 & sekarang sudah berkembang ke negeri Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah & Negeri Sembilan. Saya punya impian ingin semua negeri ada Pantera, bersama kita menyatukan hati melayu yang kini telah berpecah belah hanya kerana fahaman kelab yang berbeza. Janganlah kerana kelab yang berbeza kita membiarkan saudara seagama dengan kita berada dalam kesusahan... Sampai bertemu kembali pada Aidilfitri 2009..wasalam..

Wednesday, November 26, 2008

Jamuan Hari Raya

"Selamat Hari Raya, aidilfitri mulia , ampun maaf dipinta, mencuci iring dosa, setahun menghilang, sekarang menjelang, hari yang bahagia, selamat hari raya......." Walaupun telah lewat sehari dari hari terakhir hari raya aidilfitri, ini tidak menjadi penghalang bagi Pantera untuk membuat penjumpaan hari raya. Oleh kerana pertembungan jamuan hari raya bersama Kelab Twister, maka Pantera induk memilih 2 November 2008 untuk membuat perjumpaan ini.

Jemputan ini turut mengundang bekas otai Pantera, AJK kelab Twister, Belia Felda Air Tawar 4, Pengurus Felda & KSBMP. Namun cuma KSBMP yang tidak dapat hadir kerana ada program lain.

Black, patah & the geng antara bekas parti pembangkang turut hadir.

Acara dimulakan dengan Marhaban beramai-ramai yang di ketuai oleh Pengerusi Kelab Twister, gema di dalam dewan ini menyemarakan semangat melaungkan dengan lebih kuat lagi.

Apa yang diharapkan di sini adalah perpaduan antara kelab, kakitangan felda & belia dapat diteruskan dulu kini & selamanya.

Barisan wakil dari Cwgn Pasir Gudang menjadi pembuka dewan pada hari tersebut, kira sampai awal le.

Seorang model baru nak keluar dari kereta wira along.

Pantera baiiii!!!!! tu yoyo cam nak masuk balik je kelab Pantera?

Kuded bebaju biru sedang menyampaikan sepatah dua kata-kata aluan. Dengan gaya sepontan kuded berucap sebagai wakil tuan rumah.Orang beginilah yang boleh menjadi pemimpin satu hari nanti,mana tahu jadi Adun ke?.

Penyeri majlis yang dihantar khas dari Cwgn Pasir Gudang. Single lagi ni semunya, kalau berhajat sila tel 012-3456789....ingat boleh dapat ke? tak dapat baiiii......

Kamal sedang berbincang dengan Pegerusi Kelab Twister berkenaan hala tuju kelab.

Viva,Honda,kancil,vanete,wira pokoknya semua jenis kenderaan boleh join Pantera. Kecuali Keretaapi & Kereta Kebal telah dimansuhkan penyertanya.Ini adalah kerana rungutan orang ramai apabila konvoi 2 jenis kenderaan ini menjadikan jalan raya jem gila, gila pun tak jem camtu!...

2 ekor kancil sedang menjeling manja ke jejaka wira angkasa....mahu test power ke?

Honda pari kepunyaan Ketua Besar Johor iaitu Ady. Di sebelahnya van Apek selaku Pengerusi Pantera,jangan silap Apek ada van,kancil & lori. Banyak tu kenderaan dia.

Satria Neo kepunyaan Labu dari Cwgn Kulai, kereta ni berjasa kerana menjadi Marshall ketika isteri Kamal hendak bersalin pada konvoi 31 Ogos yang lepas. Terima kasih ya... dengan kekuatan enjin stok 1.6 nampaknya berjaya menumpaskan enjin GSR 1.8 oleh pelumba jalanan. Mungkin pelumba itu ingat kita sedang berlumba, tetapi ada kemungkinan mata dia rabun. Takkan ler tak nampak Neo ni hidupkan lampu & siren kecemasan?

Wira kepunyaan Along sering menjadi pertaruhan di autoshow sekitar Kota Tinggi.

Waja kepunyaan Yoyo bekas ahli Pantera juga hadir, pssstt... sport rim dia berharga RM11k harga sebiji kancil second hand tu..

Motif The Marrior menjadi pilihanya, setelah menyalin kulit dari motif Okuma.

Ruang dalaman yang telah diubah suai, mengikut kata empunya waja ni masih banyak lagi proses pengubahsuaian yang belum siap.Katanya nak buat cam dalam kapal terbang.
Sampai disini kita bejumpa pada jamuan hari raya ni, diharap pada tahun depan cwgn lain dapat menghantar wakil.

Events Proton Masai

11 Mei kami dijemput oleh Kulis Auto untuk memeriahkan aktiviti mereka di Proton Masai, ini adalah untuk memberi sokongan kepada produk tempatan. Ya kadang-kadang kita terlupa akan tangungjawab kita menaikan ekonomi negara, bagaimana ini terjadi? jika semua orang membeli kenderaan luar, semangkin banyak wang negara akan keluar ke negara pembekal. Di sini apabila simpanan Bank Negara Malaysia semangkin susut kita tidak akan dapat mengekalkan nilai matawang negara.Apabila nilai matawang negara jatuh negara akan lumpuh. Sebaiknya kita lebih banyak mengeksport dari mengimport."Belilah Barangan Tempatan".

Bagus !!! mana tak bagus, pihak penganjur beri sijil, plak,makanan & pemeriksaan percuma ke semua kenderaan kami!

Barisan kenderaan Pantera pada events tersebut. Yang ikut serta dari Cwgn Pasir Gudang,JB & Kota Tinggi.

Wira hijau ini telah menjadi kenangan setelah dijual oleh empunya kenderaan iaitu Ajip cwgn Kota tinggi. Di sini kami merakamkan ribuan terima kasih kepada penganjur iaitu Kulis Auto & Proton Masai kerana sudi menjemput kami dalam program tersebut.