Saturday, January 31, 2009
Saturday, January 17, 2009
International Autoshow Bukit Jalil part 2.
Bukan selalu dapat bergambar dengan kancil ni, betul ke kancil !!!! betul le...pemiliknya hanya hantar Autoshow yang besar sahaja.
Yela kancil ni bukan boleh dipandu di jalanraya, cermin hadapan tinted habis,hanya menggunakan cctv sebagai panduan. Crazy Frog adalah tema kancil ini.
Beberapa bulan yang lepas kancil ni tersadai di AL Senai Johor, pihak AL mahu menjual dengan harga RM 60k kepada Din Stream. Tetapi tidak lama kemudian pemilik asal dari Melaka ni mahukan kancilnya balik dengan membayar baki modified sebanyak RM60k, kos Modified kancil ini asalnya telah mencapai RM120k !!! mahal kan??? tetapi ketika Autoshow ini mungkin kosnya lebih dari harga tadi. Kelab Kereta Ganazzz bertuah kerana pemilik kancil ini menyertai kelab mereka. GGGRRRRRRRRRRRRRR GANAZZZ tul le....
Mana nak cari sportrim camni??? barang yang susah tu le menjadi igauan si gila kereta. Jika anda perhatikan ada taburan mutiara di dinding kancil ini.
Bonet hidraulik juga disertai asap nitrogen mempamerkan seperti kapal mahkluk asing apabila dibuka. Airbrush polkadot menunjukan ciri-ciri si 'katak gila '
Turbine dummy ditampal pada butt kancil ni membawa maksud 'katak gila' perlukan kepantasan bila berada di dalam air bagi mengelakan patukan si ular sawa....he he he....
KTS dari Tmn Saujana Kota Tinggi juga tidak ketinggalan mempamerkan kereta buatannya dari model wira. Tema Aero Space menjadi pilihan, kos modifeid lupa nak nak tanya tetapi dianggarkan RM80k. Untuk bermain dalam arena autoshow kita perlu tampilkan tema & meseg yang hendak disampaikan.Ini bagi memenagi hati Panel Juri memberi markah sempurna. Jika kita habiskan wang tanpa menitik beratkan tema, itu yang menjadikan kenderaan caca marba..tiada motif.
stiker bendera race yang simple cukup untuk menampilkan identitinya.
Tema Polis juga boleh di ketengahkan jika hanya untuk autoshow, tetapi jika di jalanraya pasti dikejar JPJ.
Kancil ni selalu masuk autoshow sekitar Semenanjung Malaysia. Hasil kerja airbrush yang halus menjadikanya Johan kategori airbrush tercantik.
TWC dari Penang juga menghantar demo car bagi mempromosikan kedai aksesorinya. Mari kita lihat apa yang telah ubahsuai.
Tv 12", gauge boost, pre am, radio komunikasi, stereng buatan tangan, seat recaro, cat dalaman warna oren & bermacam lagi aksesori dalaman yang ditambah.
Walaupun kereta demo audio tetapi ia juga boleh menjadi demo exzos berapi. Lihat exzosnya mempunyai spark.
tapi kali BMW ni cuba mencari kelainan dengan triplle line.
Subscribe to:
Posts (Atom)