Tuesday, April 28, 2009

Jelajah Bersama Kipmart Kota Tinggi

Assalamualaikum & salam sejahtera. Pada 25 April 09 kami telah dijemput oleh Pasaraya Kipmart Kota Tinggi mengetuai konvoi dalam pencarian Kip Idol. Program ini diterima bagi mengeratkan hubungan antara syarikat Kipmart & Pantera. Konvoi ini disertai oleh saya wakil Cwgn Pasir Gudang, Labu & geng dari Cwgn Kulai, Cwgn Segamat, Cwgn Tengaroh & Cwgn Mersing.

Cwgn Mersing dengan kereta cantiknya.

Kereta Rani dari Cwgn Mersing.

En. Faizol selaku urusetia program dari Pasaraya Kipmart.

Labu bertindak sebagai Marshal konvoi.

Wakil dari Cwgn Segamat.

Mat Noh dari Cwgn Mersing.

Saya wakil dari Pasir Gudang.

Tuah dari Cwgn Tengaroh.

Wakil Cwgn Tengaroh.

3 Dara Pingitan dari Cwgn Kulai.


Mendengar taklimat sebelum aktiviti dijalankan.

Taklimat dari hebahan media.

Labu sebagai Marshal mengetuai konvoi bermula dari hadapan Pasaraya Kipmart Kota Tinggi.

Distinasi pertama adalah Tenggaroh, ketibaan kami disambut oleh Jeng Ketua Cwgn Tengaroh bersama anak buahnya sekitar 15buah kereta.

En Faizol sedang memberi pamplet produk Kipmart kepada peserta konvoi untuk diagihkan kepada penduduk Tengaroh.

Ahli Tengaroh sedang mengisi minyak di BHP yang pemiliknya juga ahli Cwgn Tengaroh. Support perniagaan ahli kelab sendiri.


Selepas menyampaikan risalah kepada penduduk Tenggaroh, perjalanan diteruskan ke Mersing. Di simpang keluar dari Tengaroh ada terpampang banner putih yang dipasang oleh Cwgn Tengaroh " Sambutan Ulang Tahun Pantera ke 13, Tempat Tanjung Leman, Anjuran Bersama CNI & BHP. " Program ini akan saya masukan tidak lama lagi.

Konvoi menuju ke Mersing pula.

Setibanya di Mersing kami disambut oleh ahli Cwgn Mersing pula, konvoi diteruskan ke tapak Karnival Mersing.

Apis selaku Marshal Mersing memang 'ringan tulang', jika ada masalah di Mersing dia sentiasa sedia membantu. Lagipun dia berkerja sebagai penarik kereta & mempunyai bengkel di Mersing, jadi kenalah rajin mencari kawan & pelanggan.

Banner Kipmart Idol dipasang pada khemah yang akan digunakan pada autoshow akan datang. Anjuran bersama Pantera Cwgn Pasir Gudang, Cwgn Mersing & Karnival Mersing.
Suasana sesak di sepanjang jalan Karnival Mersing.
Antara penaja Karnival Mersing adalah Astro.
Celcom juga tidak ketinggalan mempromosikan produknya.
Permainan bola berbasikal mendapat perhatian pengunjug Karnival Mersing. Bukan mudah hendak bermain menggunakan basikal.
Tentera Darat juga mempamerkan kepada umum senjata-senjata yang digunakan oleh Askar.

Khemah VIP berhadapan Pentas Utama.
Oleh kerana saya mengenali En Othman selaku Penganjur Karnival Mersing, jadi mudahlah saya meminjamkan mic kepada Dj Kipmart bagi menjalankan demo 'Kipmart Idol'. Di sini juga ada beberapa orang telah diberikan cenderahati oleh Kipmart bagi menarik orang ramai berkunjung ke Kipmart pula dalam program 'Kipmart Idol'.
Biasalah...kalau nak hadiah kena nyanyi sikit.

Dalam sibuk menyampaikan risalah, sempat juga ke rumah urusetia bagi memastikan piala bagi program autoshow pada 1 Mei 09 sudah siap. Ternyata kunjungan ini tidak menghampakan.

En Othman sebelah kiri, Mat Noh sebelah kanan, Rani & En Harith sebagai pembantu urusetia karnival.
Sekitar jam 6.30 petang konvoi pulang ke Cwgn masing-masing & ada yang terus ke Kipmart Kota Tinggi untuk menjamu selera.


Terima kasih kepada Kipmart kerana sudi menjemput kami dalam program ini. Sebagai balasan kerana kami berkerjasama maka pihak Kipmart telah sudi memberikan sehelai T-shirt, RM30 untuk elaun minyak & makan malam. Diharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi kebaikan bersama.
post by Kamal.

Friday, April 24, 2009

Tempat program pada 2 Mei 09

Asalamualaikum & salam sejahtera. Pada 2 Mei 09 akan datang ni, kita akan konvoi ke Tg Leman Mersing. Masa bertolak bergantung dari Cwgn masing-masing, hanya perlu diketahui kita hendaklah sampai di Tg Leman sekitar jam 10 malam. Disana kita boleh berkhemah, memangang ayam, sukan pantai & sebagainya. Hadiah untuk sukan pantai ditaja oleh stesen minyak BHP Tengaroh & CNI. Pemiliknya adalah ahli Cwgn Tengaroh, terima kasih diucapkan kerana sudi menaja hamper tersebut. Cwgn Mersing pula menaja cawan cenderahati untuk sukan pantai. Baiklah di sini ada beberapa gambar tempat tersebut yang telah diambil pada 25 Dec 08 ketika melawat sekitar Tg Leman.
Ahli Cwgn Pasir Gudang yang telah mengikuti siri jelajah Tg Leman pada tahun lepas.
Harga chalet ialah RM90 semalam.

Nak jimat kos bolehlah bawa khemah ye.

Tempat letak kenderaan yang luas.

Kalau yang rasa malas sangat nak bersukan bolehlah baring di kerusi malas ni ye, nanti ada tukang urut dari Thai datang urut badan....apa ingat program VIP ke? dah takyah berangan.. semua ikut aktiviti nanti tau.

Pondok untuk karaoke sempena pencarian Pantera Idol. Mana tahu ada yang suara sedap bolehlah masuk bertanding di mana-mana cwgn KipMart, hadiah RM3000 tu.. esok (25 April 09) kitaorang konvoi mencari KipMart Idol. Ada yang nak ikut ?...

Untuk kanak-kanak bawah 18tahun je tau, yang dah tua tu rehat-rehat le, kang patah kayu ni siapa nak ganti?

Ni kira futsal pantai le.

Bola tampar pun ada. Jangan lepaskan peluang ini, bukan selalu dapat bersukaria dengan keluarga & kawan-kawan. Asyik kerja je, rehat-rehat le plak.
post by Kamal.

Wednesday, April 15, 2009

ahli cawangan kulai




Tuesday, April 14, 2009

Autoshow Kota Tinggi

Asalamualaikum & salam sejahtera. Pada 12 April 09 hari yang panjang bagi saya dari jam 9 pg hinggalah ke 2 pg menempuhi perjalanan yang panjang untuk kelab. Jadual perjalanan pagi ke rumah Nasrul ( Cwgn Pasir Gudang ) melangsungkan perkahwinanya dengan Rini di Kg Pt Yusof Batu Pahat. Kami bertolak jam 9 pg dari Pasir Gudang 3 buah kereta, kemudian berjumpa Apek sebuah kereta bertempat di Shell tepi highway selepas Kulai. Ketika menunggu Apek sempatlah merakam gambar bas ni, di setiap tempat duduk penumpang disediakan Tv LCD bersize 12". Ya di ulangi setiap tempat duduk...banyak kan?.




Nasrul ni bukti kitaorg datang ye.....

Masa turun Pasir Raja sempat le berjumpa Cwgn Batu Pahat iaitu Rizal, dia memaklumkan Cwgn Batu Pahat juga ada konvoi ke majlis perkahwinan ahli Cwgn Batu Pahat. Boleh tahan ramai gak yang ikut konvoi BP ketika kami selisih jalan.

Selepas itu kami terus ke Kota Tinggi untuk menyaksikan autoshow pula.

Lama kancil Siva ni tak muncul, terakhir jumpa pada tahun lepas masa autoshow di The Store Pandan.

Siva mendapat tempat pertama dalam kategori Extreme. Din Stream tak dapat hadir pada hari tersebut kerana menguruskan gerainya, tu yang Siva mendapat johan.

Dolphin pula mendapat tempat kedua bagi kategori Extreme.

Boy dari Grand Tuner mendapat tempat ketiga.

Shah takleh masuk bertanding, kena smackdown karang. Dia jadi wartawan liputan autoshow je pada hari tersebut.

Raja bersama BMW nya terus merangkul tempat pertama bagi kategori Open Standard.







Projek autoshow ni kelab Twister yang dapat.











Yoyo bekas ahli Pantera juga mempamerkan wajanya, katanya nak buat standard balik. Jauh beza dengan gambar yang dirakamkan ketika perjumpaan raya tahun lepas. Sila lihat dalam blog arche " Jamuan Hari Raya 2008 ".
Selepas autoshow ini, saya meneruskan perjalanan ke mersing untuk mesyuarat bersama Karnival Mersing bagi menjayakan event autoshow pada 1 Mei. Pulang dari Mersing tayar kancil pecah selepas felda Kayu Ara Pasong. Perjalanan diteruskan ke Pasak Kota Tinggi untuk melihat Dolphin ketika itu tayarnya pecah juga....emmmm hari yang panjang... jam 2 pagi pulang ke Pasir Gudang....penat gile..
post by Kamal.